Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum memulakan perjalanan untuk belajar bahasa mandarin adalah empat jenis nada (tone).
Untuk memudahkan permahaman pembaca, empat jenis nada tersebut di ilustrasikan dalam gambar di bawah.
Bayangkan kita di dalam kereta, sedang melalui jalan yang berbukit-bukit. Pastikan tali pinggang kaledar di pasang agar tidak menimbulkan keadaan yang kurang senang akibat daripada hentakan
Di permulaan, jalan kelihatan tenang dan hanya mendatar seperti berikut:
Seterusnya, kita akan melalui jalan yang bergelombang, di mana kita perlu turun dan kemudian naik bagi menyempurnakan perjalanan tersebut
Kemudian pedal minyak kereta perlu di tekan lagi untuk pecut ke atas puncak, kerana bukit agak tinggi dari yang dijangka
Dan akhirnya, kita menekan pedal brek kereta kita kini tengah melalui curam dan perlahan-lahan turun dari puncak tadi
Berdasarkan perjalanan tadi, terdapat empat situasi yang akan di lalui iaitu mendatar, turun naik, naik dan turun. Dan situasi itu sama seperti empat nada yang kita ada dalam mandarin (pinyin)
Setiap nada memberi maksud yang berbeza untuk setiap struktur perkataan.
Contoh untuk perkataan ' ma'. Jika kita masukkan berlainan garisan nada, ia akan memberi maksud tidak sama.
1) 'ma' dengan garisan mendatar memberi maksud ibu
2) 'ma' dengan garisan turun naik memberi maksud kuda
3) 'ma' dengan garisan naik memberi maksud kebas
4) 'ma' dengan garisan turun memberi maksud marah
Jadi, sangat penting untuk kita memahami nada dalam setiap perkataan pinyin mandarin kerana ia memberi maksud berbeza
Setakat ini sahaja untuk post pertama saya dalam Mari Belajar Mandarin.
Boleh tekan next post untuk Topik : Panggilan
Terima Kasih
0 Comments